Friday, September 20, 2013




Habbatus Sauda merupakan satu jenis tumbuhan yang biasanya banyak ditemui di kawasan Mediterranean serta di kawasan yang mempunyai iklim gurun. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan ke atas habbatus sauda . Kebanyakkan penulisan mengenai tumbuhan ini ditulis dalam Bahasa Arab, dan  pendedahan pada dunia antarabangsa tidak begitu banyak di buat.
Habbatus Sauda digunakan dalam bentuk tradisional bagi beberapa tujuan seperti bagi menghasilkan kulit muka yang cerah, untuk menolong merawat batuk dan asma, merawat kencing manis, mengatasi selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah payah tidur, sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. juga ada bersabda dalam Hadits baginda dikutip daripada kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Ibnu Sina, seorang saintis hebat di zaman kegemilangan Islam juga dalam bukunya Canon of Medicine telah menyatakan Habbatus Sauda ……merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Di dalam kitab Al Tibb An Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda juga dikenali sebagai Al Habbah Al Barokah . Dalam kitab tersebut juga telah disebutkan bahawa Habbatus Sauda mampu mengubati 50 macam penyakit-penyakit tanpa efek. Ulasan dari ilmu kedoktoran telah menampilkan bahawa kandungan Habbatus Saudaantara lain:
  • Anti-inflamasi, untuk mengubati perih/radang tenggorokan
  • Antiarthritis, bagi mengubati reumatik.
  • Analgesik, untuk mengubati sakit gigi serta sakit kepala (migrain).
  • Aktiviti hormon, mengaturkan haid serta meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, ubati demam dan flu.
  • Dermatologi, untuk mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, bagi meningkatkan daya tahan tubuh bagi menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

No comments: